Alhamdulillah....PRU13 telah pun berlangsung dan segala2nya sudah berakhir. Keputusan telah dibuat oleh rakyat dan mandat telah diberi kepada BN untuk terus menerajui kerajaan persekutuan,
Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dan tahniah juga kepada yang tewas atas semangat juang yang ditunjukkan. Menerima kekalahan dengan hati terbuka adalah langkah terbaik daripada menyalahkan mana2 pihak.
Bagi yang menang pula, janganlah terlampau bangga kerana anda mungkin dipilih bukannya sebab anda bagus atau disukai pengundi tetapi berkemungkinan juga kerana pengundi tidak sukakan lawan anda, jadi mereka tiada pilihan lain selain daripada memilih anda jika tidak mahu membuat undi rosak.
Perkara yang dah lepas wajarlah jangan diungkit2 lagi. Hidup perlu diteruskan, janji perlu ditunaikan. Tak perlu kita nak menyalahkan takdir yang tidak menyebelahi kita, dan tak perlu nak caci mencaci dan mencari kesalahan orang lain. Renung dan muhasabah diri apa kurangnya kita dan apa lebihnya lawan kita. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ambillah pengajaran supaya kesilapan sama tidak berulang lima tahun lagi.
Perbuatan menyebarkan perkara2 yang dah berlaku oleh kedua2 pihak eloklah dihentikan supaya tidak menimbulkan ketegangan dan menggugat keharmonian negara. Post-mortem penting dan mengkaji balik apa yang dah terjadi itu perlu, tapi jalankanlah dengan secara tertutup dan berhemah. Tak perlu nak gembar-gemburkan itu dan ini.
Ketenangan yang dikecapi dalam dua hari pasca PRU13 harap berterusan dan keamanan negara semoga terpelihara. Terima kasih diucapkan kepada pihak SPR, anggota2 keselamatan dan semua rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab.
Semoga seluruh rakyat Malaysia bersatu demi negara tercinta.













.jpg)



















.jpg)













