Konsert Phoenix Bangkit dah pun berlangsung pada 12 Januari lepas. Tapi, bukan M.Nasir yang buat
konsert tu, sebaliknya geng2 pakatan pembangkang. Perhimpunan kali ini yang
kononnya digelar perhimpunan aman, diberi nama KL112. Kenapa mereka pilih 112
sedangkan kalau nak ikutkan tarikhnya, sepatutnya dibubuh nama 121? Khabarnya
nombor istimewa ini dipilih bersempena petikan dari Bible Chapter 1, versus 12
(1:12) yang mempunyai maksud tersendiri, yang murai sangat tak berminat nak
huraikannya.
Kalau benarlah sebagaimana yang dikhabarkan itu, maka sepatutnya seluruh umat
Islam seharusnya bersedih kerana dengan terang-terangan kita (atau dengan lebih
spesifik - peserta2 yang majoritinya beragama Islam) telah dengan mudah
dimain2kan oleh orang2 kafir.
Pada pandangan mata kasar murai, perhimpunan KL112 itu tiada objektif langsung.! Setakat jerit2, ucapan2 pemimpin2 semuanya hambar dan basi. Tiada isu baru dan menarik yang nak diperjuangkan. Sebab apa? Sebab sememangnya tiada apa yang mereka nak perjuangkan kerana negara dah sediakala makmur dan rakyat hidup selesa. Murai percaya pemimpin2 pembangkang sebenarnya tak ada matlamat khusus untuk menganjurkan perhimpunan tersebut, semata2 nak cari publisiti dan nak menimbulkan huru-hara.
Namun, syukur kerana pihak polis pada kali ini sangat tabah dan sabar dalam menjalankan tugas mereka, sehinggakan tiada satupun teguran atau tegahan dibuat sepanjang perarakan dan himpunan berlaku walaupun sebenarnya banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh peserta2 KL112.
Murai percaya pembangkang telah tewas teruk kali ini kerana provokasi2 yang mereka sendiri lakukan nampaknya tidak mendapat respon dan mereka gagal menimbulkan kekecohan. Hah..hah..hah...!
Murai juga rasa bangga dengan tindakan warga kota sendiri yang sudah matang dan masak dengan kerenah pembangkang. Tidak keterlaluan kalau dikatakan yang tiada warga kota yang menyertai perhimpunan itu sebenarnya. Semua peserta adalah diimport terutamanya dari pantai timur yang kononnya kubu kuat PAS. Warga kota dah tak ambil pot dengan himpunan2 yang membuang masa dan tenaga....daripada berpenat lelah buat perkara sia2, lebih baik duduk rumah menghabiskan masa dengan keluarga!
Kerajaan telah mengambil tindakan yang tepat membenarkan penggunaan stadium bagi perhimpunan kali ini. Pembangkang nampaknya dah mati akal untuk mencari alasan menuduh kerajaan berat sebelah dan menghalang kebebasan mereka berhimpun. Tindakan pembangkang nampaknya telah menjerat diri sendiri kerana terbukti himpunan tertutup mereka tak mendapat sambutan.
Kalau nak
disenaraikan sebenarnya banyak lagi kelemahan pembangkang yang boleh kita lihat
pada perhimpunan itu. Tapi, murai tak berniat nak huraikan semuanya...buang air
liur murai je! Cuma murai sangat2 sedih kerana penganjur perhimpunan adalah
orang Islam, lebih 90% peserta juga adalah orang Islam, tetapi matlamat
perjuangan mereka didalangi oleh orang bukan Islam yang berniat jahat
menghancurkan Islam dan yang paling sia2, pemimipin2 Islam mereka terang2an
dibodoh2kan oleh orang bukan Islam. Amat mengecewakan!
Seperkara lagi,
penyertaan ramai mahasiswa dalam perhimpunan juga amat mendukacitakan. Mereka
nampaknya sangat tidak matang dan begitu mudah termakan hasutan. Mahasiswa yang
merupakan generasi pelapis yang bakal menjadi pemimpin dan tonggak negara
nampaknya seperti lembu yang dicucuk hidung, begitu mudah diperdaya! Amatlah
malang jika Malaysia mempunyai pemimpin dari golongan seperti ini - negara akan
hancur bak kata pepatah menang sorak, kampung tergadai!
Murai percaya
pembangkang tak akan berdiam diri dengan kekalahan dan "kemaluan"
yang mereka dapat kali ini. Mereka pastinya tidak akan berputus asa untuk
mencetuskan huru-hara lagi. Adakah mereka akan anjurkan perhimpunan lagi? Kita
sama2 tunggu dan lihat. Yang penting, kita jangan mudah terpedaya!

Assalamualaikum bro..
ReplyDeleteMohon di pautkan blog saya ini ye..
http://taipingcentral.blogspot.com/
Semoga tali ukhuwah ter erat antara kita di alam maya..
Anyway, sempoi blog bro.. Hebat..
Tq bro..
Wa'alaikumussalam w.b.t.
ReplyDeletexde hal, InsyaAllah. T.kasih.