Monday, 28 January 2013

Rakyat Kelantan berpaling tadah

Baru2 ni saya berjumpa kawan lama...kawan masa sekolah rendah yang dah berpuluh tahun tak pernah jumpa. Rupa parasnya lebih kurang sama, cuma badan sedikit berisi. Tapi yang saya rasa kelakar, baru sekarang ni  saya terperasan yang loghat Kelatenya cukup pekat.


Mengimbas kembali ke zaman persekolahan, rupa2nya ramai rakan2 saya dulu berasal dari Kelantan. Ramai yang belajar di kota raya ini kerana mengikut ibu bapa sama ada yang bertugas atau berniaga. Tapi seingat saya, ketika itu saya tak perasan pun semua tu...

Memang indah zaman persekolahan....lebih2 lagi sekolah rendah. Kita berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang, keturunan, agama dan bangsa. Kita boleh jadi rakan yang akrab tanpa sedikit pun rasa prejudis.

Tapi bila dewasa kenapa kita perlu lihat semua perbezaan itu? Kenapa kita mesti perasan dialeknya lain, ugamanya lain, bangsanya lain atau kerakyatannya pun rupa2nya lain?

Berbalik kepada kawan lama saya itu....Setelah tamat sekolah rendah rupa2nya beliau kembali ke Kelantan mengikut keluarganya. Beliau meneruskan pelajaran di Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian ke luar negara. Walaupun slang Britishnya boleh tahan, tapi loghat Kelantannya masih tak hilang.

Kawan saya itu sekarang bertugas di Kuala Lumpur dan walaupun ibu bapanya dah tiada, beliau masih sering pulang ke Kelantan. Katanya, darah Kelantannya masih pekat dan semangat kenegeriannya pun masih tebal. Saya kagum dengannya. 

Yang menariknya, kata kawan saya itu; sebenarnya memang ramai rakyat Kelantan yang mencari makan di Kuala Lumpur ni. Tapi rata2 mereka tak setuju dengan sikap sesetengah orang Kelantan yang terlalu suka berpuak2, fanatik dan taksub tambah2 lagi kepada mereka yang kuat politik. Kadang2 dia sendiri pun malu dengan 'orang2 kampung'nya.

Sebelum kami beredar hari itu, kawan murai ni sempat berpesan..."mu jange lo sangka hok buruk2 je na.. rama lagi oghe klate hok baik2...rama ya soko krajae...." Saya tersenyum...terdetik di hati kenapa agaknya kawan saya cakap begitu? Hmmm.....mungkinkah tanggapan kita selama ni yang orang2 Kelantan mesti sokong PAS? Entah lah...        

No comments:

Post a Comment