Menjelang pilihanraya ini, ramai rakyat menyuarakan kerisauan akan berlakunya rusuhan dan demonstrasi jalanan besar2an, tak kira siapa yang akan menang.
Jika pembangkang kalah dalam PRU13 kelak, mereka pasti akan menyalahkan pilihanraya tidak dijalankan dengan 'bersih'. Dan murai tertarik dengan komen Tun M dalam blognya tentang janji Anwar yang akan menghuru-harakan negara jika tidak berjaya menjadi PM kelak.
Mengapa begitu busuknya hati seorang yang bernama Anwar ini? Kerana cita2 untuk jadi PM dan dendam kesumatnya yang meluap2, dia sanggup menggadaikan tanah tumpah darah!
Rakyat Malaysia bukalah mata besar2! Kenapa masih tak dapat melihat sikap buruk dan tamak seorang yang diagung2kan untuk diangkat menjadi Perdana Menteri? Kita tak mahu Malaysia menjadi seperti Mesir, Syria, Iraq mahupun Palestin. Arab Spring tak perlu di Malaysia! Janganlah kita mudah mengikut2 membabi buta. Cintailah dan peliharalah kemakmuran negara sedia ada....kenapa perlu disia2kan?

Anda ni penulis atau editor di utusan malaysia ke? Sy mengikuti blog ini dan kerap melihat artikel yang keluar di utusan sama dengan cerita di blog simurai. Cuma selalunya dah 2-3 hari tersiar di blog baru tersiar pula di utusan..kalau anda penulis yg sama takpelah. Tapi kalau utusan menciplak karya anda sysyorkan anda saman utusan.
ReplyDeleteSaya cuma penulis bebas - tiada kaitan dgn utusan mahupun mana2 organisasi lain.
DeleteUtusan ciplak karya saya? Terpulanglah....saya tak minat saman menyaman ni.
T.kasih atas pandangan sdr/i.