Thursday, 28 February 2013

Bikin malu diri sendiri!

Murai hairan kenapa ramai sangat yang membenci Datin Seri Rosmah, isteri PM kita. Murai tak kata murai suka DS Rosmah dan tak juga benci. Murai neutral. Bagi murai, sebagai isteri kepada PM, kita harus ada rasa hormat pada dia walaupun jika tak suka. Itulah adab dan budaya kita.

Tengoklah video di bawah ni....


Murai tak faham apakah relevannya kemarahan siswi2 UKM ini kepada DS Rosmah. Amat memalukan kerana tujuan mereka hendak bertemu DS Rosmah hanyalah kerana hendakkan penjelasan tentang cincin 24juta. Dan bila tak dapat jumpa, mula terpekik terlolong macam orang histeria.

Murai percaya DS Rosmah bukannya takut nak jumpa budak2 mentah ni. Dalam mindset mereka dah memang tak mahu terima apa pun penjelasan yang diberi, jadi buat apa buang masa, buang air liur melayan orang yang tak reti bahasa ni. Kalau murai pun, murai akan bertindak begitu.

Samalah situasinya dengan pemimpin2 pembangkang yang gilakan berdebat. Sikit2 nak ajak berdebat tapi kerja habuk pun tarak. Jadi memang elok bagi pemimpin2 BN yang tak terima dan tak layan pelawaan2 untuk berdebat tu.

Kepada siswi2 ni, cermin2lah diri. Kalau ye pun ada atau tak ada cincin 24 juta tu, apa kena mengenanya dengan kamu? Terjejas ke makan minum pakai kamu? Lagi banyak subsidi sapu tak sedar! Lawak betullah budak2 ni!



1 comment:

  1. ini macam punya pmpuan mmg x layak jd calon bini...pttuuiii!

    ReplyDelete