Wednesday, 29 January 2014

apa dah jadi dengan cikgu?


Banyak betul blog2 yg berkisahkan Anwar Ibrahim yang berangan nak jadi MB. Sibuk benar orang bercerita tentang sate Kajang dan yang berkaitan. Muak betul murai tengok keletah politik pembangkang. Tak sudah2 dengan cerita gila kuasa.
Murai tak ingin pun nak komen apa2 pasal itu. Murai lebih berminat tentang kisah masyarakat...

Sebelum ini murai ada keluarkan artikel berkenaan guru, dua yg paling mendapat perhatian iaitu ~ "cikgu makan gaji buta" dan "siapa ibarat lilin?". Artikel2 tersebut sangat mendapat perhatian dan maklumbalas daripada pembaca. Ada yang sokong, dan tak kurang juga yang marah.

Tujuan murai ialah untuk menyedarkan masyarakat dan membuka mata para guru. Bukan sengaja nak mereka2 cerita atau memburuk2kan profesion guru.

Baru2 ini ada lagi kisah guru buat perangai tak senonoh. Guru ikat murid macam anjing, guru suruh murid makan rumput macam lembu, guru hentak kepala murid sampai tercabut tudung, guru herdik murid sakit dan macam2 lagi cerita yang tak sedap didengar.

Kenapa mesti berlaku perkara2 macam ni?

Murai memang tak hairan bila membaca kisah2 benar guru2 yang dilaporkan ini. Ini yang dilaporkan dan dihebohkan. Yang buat senyap tak mahu kecoh2 entah berapa banyak lagi. Kebanyakan ibu bapa tak mahu bising2 sebab malas nak panjang2kan isu walaupun memang benar guru bersalah. Maka bernasib baiklah guru2 tersebut. Tapi, kalau kena yang pantang anak dijentik, hahh..nasiblah badan!

Murai perhatikan memang ramai guru sekarang tak berkelakuan seperti guru. Ramai guru yg bertutur dgn murid2 dgn bahasa kasar dan kesat. Mungkin ada yg ingin bergurau atau cuba berlagak mesra dengan murid, tapi murai rasa itu tak perlu. Antara murid dan guru perlu ada batas2nya, barulah timbul perasaan hormat murid kepada guru. Barulah tidak ada kes murid kurang ajar terhadap guru dan guru melenting balas!

Kerajaan, khasnya Kementerian Pendidikan harus ambil berat isu guru ini. Bukan bila perkara dah berlaku, barulah ambil tindakan guru ditukar ke sekolah lain, dibuang atau sebagainya. Kenal pasti dari puncanya. Dari peringkat awal sebelum seseorang diterima dan dilantik sebagai guru, perlu ada tapisan yang ketat. Bukan sebarangan orang yang menganggur diterima jadi guru. Di peringkat maktab, institusi, universiti dan lain2 organisasi yang melahirkan guru, perlu ada saringan dan syarat yang tepat. Bukan main tangkap muat sahaja.

Kita memerlukan guru2 yang berkualiti, guru2 sejati. Bukannya guru2 yang ikut emosi, asyik laungkan pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk anak bangsa kononnya. Guru yang dedikasi tak kan sesekali fikirkan penat lelah mengajar dan tidak akan mengungkit2 walau sekelumit pun pengorbanan yang mereka lakukan.

Murai rasa tak sampai 50% pun guru2 di Malaysia ini yang berdedikasi. Apa pandangan para pembaca? Toleh kiri, toleh kanan, lihatlah sekeliling kita...pasti akan ada guru2 yang melenting lagi dengan artikel ini!

 

4 comments:

  1. Silo like page ini untuk bagi tekanan kat cikgu yang tak rasional tu supaya dipecat www.facebook.com/pecatguru

    ReplyDelete
  2. Cikgu manyak eksen skrg ni. Pergi skola naik kete besar2. Gaji besar. Pdg mak bapa semcm je..tmbh2 kalau dtg naik kapcai je. Kalau bsuara sedikit, cikgu tarik muka masam. Anak kena blacklist. Gelaplah masa dpn. Itulah nasib anak bangsaku.

    ReplyDelete
  3. Saya seorang guru. Sedih bila membaca tulisan-tulisan yang buruk tentang guru. Malu juga. Namun perlu terima hakikat disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  4. Nama baik profesion perguruan dah mula tercemar dek gara-gara manusia yang tidak ikhlas menjadi guru. Kerjaya seorang guru bukanlah kerjaya biasa yang semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Tanggungjawabnya lebih daripada itu. Yang tersirat itu lebih banyak dari yang tersurat. Jika gagal memikul amanah yang diberi maka celakalah kehidupan di kemudian hari nanti. Hanya Dia Maha Mengetahui.

    ReplyDelete