Thursday, 9 January 2014

Facebook mula ditinggalkan....


Golongan remaja kini dikatakan semakin melupakan Facebook (FB) dan beralih menggunakan laman sosial lain seperti Instagram, Twitter serta WhatsApp. 

Kajian Global Social Media menunjukkan hasil yang tidak begitu menggembirakan bagi Facebook. Populariti jejaring sosial terbesar dunia itu mulai mengalami penurunan. 


Kajian juga mendapati remaja merasa kurang selesa menggunakan FB kerana boleh dipantau dan dijadikan rakan secara bebas. 


Kajian membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun di lapan negara Eropah ini mendapati remaja enggan menggunakan FB dan beralih ke jejaring sosial lain seperti Twitter, Instagram, WhatsApp ataupun SnapChat. 

Fenomena ini tidak hanya menunjukkan penurunan populariti FB, bahkan boleh dikatakan FB sudah tidak relevan dan tidak mampu bersaing dengan laman sosial yang lain.


~Petikan dari Berita Harian 7 Januari 2014.



Murai setuju benar dengan artikel di atas. Malah bagi murai, bukan sahaja remaja berusia 16-18 tahun yang mula meninggalkan fb tapi juga golongan dewasa. Fb sekarang ini selain daripada tempat untuk menunjuk2 dan mengadu domba melepaskan perasaan, ia juga menjadi alat pengiklanan bagi peniaga2. 

Membuka news feed di fb membuatkan kita jengkel membaca status2 yang memualkan dan bosan dengan iklan para peniaga yang memenuhi wall setiap masa.  Sekadar ingin menghantar pesanan kepada pasangan seperti "anak demam, tolong balik cepat", "boss marah, saya rasa nak menangis", "saya nak pergi mandi, nanti sambung cerita".....perlu ke diupdate dalam fb??? Jika alasan menggunakan fb kerana percuma talian internet, bukankah ada pilihan lain seperti whatsapp yang juga percuma?  Atau sekurang2nya gunakan private message (pm) dalam fb itu?

Nah!!! memang niatnya supaya khalayak membaca status yang ditulis. Jika tidak, dia takkan buat begitu.

Ada golongan yang suka sangat share fanpage2 para ustaz, pakar2 motivasi dan sebagainya, kononnya berkongsi ilmu. Tapi kadang2 terlampau syok sangat berkongsi sehinggakan tangan sentiasa gatal mengklik butang share tanpa membaca pun apa yang dikongsi itu padahal cerita itu mengena batang hidung sendiri! 

Murai tak faham dgn orang2 yang aktif bergelumang dalam dunia fb ini. Nampaknya reputasi fb makin merudum.....bagi murai cukuplah ia menjadi medan untuk menjejaki rakan taulan yang sekian lama terpisah dan tindakan selepasnya tak perlulah melalui fb lagi. Daripada fb juga kita tahu siapa rakan sebenar dan siapa rakan yang sekadar ingin menambah friend list. Sayonara!


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. JOM BOIKOT...tahukah anda asal FB ialah FBI...memudahkan keje haram jadah mereka

    ReplyDelete