Tuesday, 7 January 2014

Kenaikan Harga Barang Satu Konspirasi?

Tahun baru sudah pun berlabuh. Diam tak diam dah nak dekat setahun PRU13 berlalu. 
Banyak pihak sekarang ternanti2 janji2 manis yang telah ditaburkan semasa berkempen dulu. 
Ada ke yang dah tunai janji atau sekurang2nya sedang berusaha mengotakan janji? 
Ada ke yang mula lupa diri atau sedang berusaha giat cari peluang meloloskan diri?

Entahlah....

Yang ketara, sana sini orang mengeluh dan mengeji tentang kenaikan segala macam harga barang. 
Tak cukup minyak petrol, gula, tol, cukai, tarif elektrik, kedengaran bermacam kenaikan harga lagi bakal dinikmati. 
Biar betul??? Apa dah jadi ni? 
Tak kan lah setelah dapat mandat rakyat, ini pula balasan diberi?

Daripada sembang2 di kedai kopi, memang sahih banyak pihak tak puas hati. 
Kenapalah Perdana Menteri sampai hati buat rakyat begini? 
Terdengar rintihan rakyat yang saban hari makan hati. 
Ada yang menyesali mengapalah aku pangkah dia ni....dan ada juga yang menanam tekad di hati, tak ingin lagi aku nak undi kau pilihanraya akan datang nanti!

Yang peliknya tak kan Perdana Menteri tak dapat selami hati sanubari rakyat sendiri? 
Terasa suatu kejanggalan di hati kenapa semua perkara ini terjadi...
Adakah ini TRAGEDI yang telah menimpa rakyat di sini? 
Atau mungkinkah ini STRATEGI bagi tempoh lima tahun lagi? 
Atau adakah ini satu KONSPIRASI? 



Entahlah....

Yang pasti ini semua adalah REALITI, bukannya FANTASI.

Siapa yang mahu tetap bertakhta di hati rakyat yang dikasihi, 
Buatlah sesuatu agar tidak dibenci!
Kelak tersungkur jangan sesali...

Murai tahu ada sesuatu yang tak kena di sini, 
Makin dikaji, makin MISTERI.......hi..hi..hi...hi...

  

7 comments:

  1. Kdg2 heran jugak tgk org msia ni...hg gula naik, bising. Risau hg minuman kt kedai pn naik. Bila kena caj RM2 segelas teh, mengamuk. Tapi kalau minum teh kat kafe, restoran, hotel, sampai berbelas ringgit secawan, takde plak bising...
    Jd sape sebenarnya yg bising2 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yg berpendapatan rendah / golongan miskin, rasa2nya tak ambil pot pun nak komplen2, demo2 ni sbb mrk lebih pentingkan guna masa nak cari rezeki sesuap nasi.
      Mereka yg berpendapatan tinggi / golongan mewah, rasa2nya mrk inilah yg tak kisah pun hg teh segelas berapa RM. Bayar je.
      Jadi, siapa sebenarnya yg bising2 ni? ~ satu soalan menarik yg saudara kemukakan. T.kasih.

      Delete
  2. minum kopi panas d kedai mamak rm1 segelas.
    minum kopi d starbuck bpe rm eh???
    ada sape2 blh g tau..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan cerita kat Hong Kong secawan kopi starbuck berharga HKD32. Maknanya lebih kurang RM14. Di Malaysia ni tak tahulah pula...murai tak biasa pergi kedai2 mat saleh ni..
      Eh...ada kena mengena ke dgn tajuk ni? Hmmmm...mungkin ada konspirasi di sebalik soalan ini.....heh..heh..

      Delete
  3. Takyah crite minum kopi. Duit blanje anak skolah bagi brape? Ada ke yg bawa bekal lagi? Bdk2 blanje sakan kat kantin sbb mewah duit blanja..mak bapak yg xkisah bg.
    Satu lg ramai leh jln2 luar negeri..byk pun duit blanje kenapa bising kata kos hodup tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...rakyat Malaysia patut bersyukur. Bila melancong ke luar negara, buka mata dan ambil pengajaran betapa bertuahnya hidup di Malaysia. Jangan nampak yg indah shj hak org.

      Delete
  4. Tkde sape yg suke hg brg naik waima pnykg krjn sndiri. Hrp phak tbabit ambik tndkn sket la...jgn goyng kaki je & bg komen org x siumn. Salam..

    ReplyDelete