Friday, 24 January 2014

Rakyat Malaysia makin pupus

Macam dinosaur pulak lah tajuk tu eh?


Bukannya apa... murai nak kongsi pengalaman seorang kawan. Katanya dari celik mata pagi, sampai lah malam nak tidur, di sekelilingnya penuh dengan warga asing. Sampaikan susah nak jumpa orang Malaysia walaupun duduk di tanah air sendiri. Macam pelik je bunyinya kan? Jom kita tengok apa yang berlaku:-


  • Bangun pagi, maid Indon dah sediakan breakfast. Kemas rumah dan buat segala kerja rumah.
  • Naik kereta, driver Nepal hantar pergi pejabat.
  • Keluar kawasan rumah, Pak Guard Bangla angkat tangan.
  • Sampai bangunan pejabat, Pak Guard Nepal bukakan pintu.
  • Nak masuk pejabat, cleaner Kemboja tersenyum2 ucap Good Morning Boss sambil mengibas2 meja dengan bulu ayam walaupun tak lah berhabuk.
  • Baru nak duduk, Tea Lady Indon dah ketuk pintu hantar kopi walaupun dah berkali2 bagitahu dia saya dah minum di rumah.
  • Tak sampai lima minit, tetamu dari Taiwan dah sampai nak mesyuarat.
  • Tengahari keluar makan dengan tetamu Taiwan ke restoran tempatan. Kononnya sebab dia nak rasa makanan tempatan.
  • Pelayan Myanmar datang ambil order. Bila tanya lebih2, dia geleng kepala. No Sir, finish. Jawapan favourite mereka.
  • Perut dah tak tahan menahan kencing dari pagi, minta excuse me dari tetamu untuk pergi ke tandas. On the way ke tandas, ternampak tukang masak tengah ngomong2 entah apa aku tak faham. Hmm...restoran tempatan konon..
  • Selesai makan tengahari, tetamu kata nak melawat sekitar Lembah Kelang. Dalam banyak2 tempat, ada ke dia ajak aku pergi Pasar Borong Selangor! Katanya nak tengok harga barang tempatan berbanding di Taiwan. Ada kaitan juga dengan perbincangan kami semasa mesyuarat tadi.
  • Ok lah...berdezup aku dah sampai ke pasar. Rata2 yang menjual orang Rohingya. Ada yang sebiji muka Melayu tapi bila cakap, aku pun tak faham sangat. Awek2 cun jugak kat pasar, mulut merah, rupa2nya bukan orang kita lah!
  • Jalan punya jalan hari pun dah nak petang. Tetamu ajak pula ke area Bukit Bintang malam nanti. Nak tak nak terpaksalah entertain. Sebelum hantar balik ke hotel, dia ada satu lagi permintaan...nak cuba naik RapidKL. Ambik kau!
  • Client punya pasal, tak pasal2 aku terpaksa bergayut dalam RapidKL bersama2 Mat2 Bangla dan segala macam jenis orang yang baru balik kerja kilang.
  • Lepas Maghrib, aku ke Hotel Brisdale di Chow Kit. Dalam berpuluh2 hotel di KL ni, kenapalah mamat Taiwan ni nak duduk hotel ni? Aku merungut sorang2 sambil menempuh jem di Jalan TAR, Jln Raja Laut, Chow Kit. Dah lama tak lalu di sini, rasa macam aku sekarang berada di Bandung / Jakarta / Medan???
  • Aku ajak tetamu makan di Pavillion. Konon nak tunjuklah yang Malaysia ni ada banyak tempat yang kelas2 gitu. Sekali lagi, pelayan restoran walaupun berstar2, tak reti cakap Melayu, English pun tunggang terbalik. Manalah perginya orang Malaysia ye? Aku harap Mat Taiwan ni tak confuse dia berada di mana sekarang.
  • Lepas makan, dia ajak aku jalan2. Ada pulak lah ala2 down town, up town atau senang cakap, pasar malam lah! Singgah tengok2 t-shirt dan souvenir. Masuk2, murah2, banyak lagi ada dalam! Peniaga2 memanggil pelanggan. Lepas sorang2 aku tengok....Myanmar, Bangla, Rohingya, Indon! Semua peniaga bukan orang tempatan. Wah...hebat betul tempat ni!
  • Dalam perjalanan balik rumah, aku berselisih dengan lori sampah. Di kawasan rumah aku memang lori datang kutip sampah waktu malam. Bagus juga sebab pagi2 tak ganggu jalan. Driver lori dan pekerja2nya angkat tangan kepada pemanduku. Kawan2 saya tu! Kata driver aku sambil senyum2 malu.
  • Aku senyum juga.....dalam hati aku terdetik,...dari pagi tadi sampai lah malam ni, aku tak jumpa lagi orang Melayu, Cina atau India. Ke manakah semua rakyat Malaysia?

Itulah kisah kawan murai yang diluahkan pada murai. Betul juga ye...mungkin rakyat Malaysia dah hampir pupus kerana semua pasaran kerja dah dikuasai oleh warga asing. Adakah rakyat Malaysia dah hidup senang, maka majoritinya dah jadi boss2 sahaja dan duduk goyang kaki di rumah? Atau mungkinkah ramai rakyat Malaysia dah berhijrah ke luar negara kerana bosan dengan masalah dalam negeri? Entahlah...marilah kita renung2kan bersama.




3 comments:

  1. Lawaklah citer ni...kalah jurassic park!

    ReplyDelete
  2. tambahan...
    stesen minyak - bangla
    mesin rumput - bangla / indon
    kerja kontrak - indon (ramai yg dah jadi tauke pun)
    fast food rest. - pun dah ramai pekerja asing
    kedai runcit, pasaraya, apa2 kedai pun - indon, myanmar, bangla
    kota raya - filipin
    byk lg lah... mmg betullah!

    ReplyDelete
  3. org Malaysia ramai yang tak sedar diri - terutamanya org melayu! sbb tu kepala kena pijak.

    ReplyDelete