Wednesday, 5 February 2014

Pendidikan anak alaf baru


Sekarang ni murai perhatikan ramai ibu bapa yang suka hantar anak ke asrama. Tak kisah sama ada ke asrama penuh atau asrama swasta, asalkan masuk asrama. Biasanya lepas habis darjah 6 iaitu lepas keputusan UPSR diumumkan, berasak2 ibu bapa mencari tempat untuk anak2 dihantar ke asrama. Rasa2nya di kalangan kawan2 rapat dan saudara mara murai sendiri, ramai betul anak2 yang ke asrama seawal usia 13 tahun (tingkatan 1) lagi.

Berbanding dengan zaman murai kecil2, jarang benar rasanya dengar anak2 dihantar ke asrama melainkan yang betul2 cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat tempat di asrama penuh. Adakah kerana bilangan asrama telah terlampau banyak sekarang ini maka dengan mudah mendapat tempat?

Hasil pemerhatian murai, berikut ialah antara sebab ibu bapa menghantar anak ke asrama:-

  • Ibu bapa secara tak langsung telah melepaskan tanggungjawab mendidik anak2 sepenuhnya kepada pihak guru (kerana murid akan berada di bawah jagaan/pemerhatian guru/warden asrama 24 jam sepanjang musim persekolahan).
  • Ibu bapa tak perlu memikirkan masalah untuk menghantar dan menjemput anak2 ke sekolah. Tidak perlu juga menanggung kos bas sekolah yang setiap tahun meningkat.
  • Ibu bapa tak perlu risau memikirkan makan minum anak2 apabila pulang dari sekolah dan semasa nak ke sekolah semula pada sesi petang.
  • Ibu bapa bekerja tak perlu risau untuk mencari pembantu rumah untuk menjaga anak2.
  • Ibu bapa boleh bekerja lebih masa atau menumpukan aktiviti luar dan tidak perlu pulang awal untuk menjenguk anak2 di rumah.
  • Ibu bapa boleh berehat dengan aman dan santai di rumah tanpa perlu sama2 memerah otak dan bersengkang mata dengan anak2 untuk hadapi peperiksaan.  
Agak mengejutkan kerana tujuan asal menghantar anak2 ke asrama telah terpesong di zaman ini. Mungkin bagi anak2 yang di asrama penuh masih boleh dikira bernasib baik kerana persekitaran pembelajaran yang lebih baik (mungkin) daripada di rumah dan dorongan itu perlu untuk meneruskan kecemerlangannya. Tapi bagaimana pula yang dihantar ke asrama swasta sekadar kerana hendak merasai kehidupan di asrama? Murai tak fikir persekitaran pembelajarannya adalah baik jika anak2 yang dihantar ke sana dek sebab2 ibu bapa yang dinyatakan di atas.

Tak kurang juga yang menghantar anak2 ke sekolah agama swasta berasrama. Memang bagus mendorong anak2 cenderung kepada agama dari usia muda lagi, tetapi adakah niat ibu bapa itu ikhlas? Murai perasan golongan ibu bapa yang menghantar anak2 ke sekolah agama swasta berasrama ini sebenarnya bukanlah orang yang kuat agama tetapi kebanyakannya yang tak seberapa ilmu agama tetapi mahu menetapkan arah tuju anak2 di dalam bidang agama supaya anak2 tidak mencontohi ibu bapanya. Memang wajar tindakan mereka ini kerana sekurang2nya mereka sedar. Tapi, sekali lagi nampaknya ibu bapa cuba lepas tangan. 

Mungkin murai dilihat sebagai orang yang menentang arus hidup masyarakat sekarang. Tetapi murai tetap dengan pendirian bahawa pendidikan anak2 adalah tanggungjawab ibu bapa, bukannya guru. Ibu bapa bukan sekadar bertanggungjawab melahir, menanggung dan menjaga makan minum, pakaian dan lain2 secara materialnya tetapi juga bertanggungjawab dari aspek pendidikan menjadi insan yang berguna. Kecemerlangan akademik semata2 bukanlah janji seseorang itu akan menjadi orang yang berjaya dan berjasa jika sepanjang tumbesarannya amat kurang kasih sayang diperolehi daripada ibu bapa sendiri berbanding guru2 dan rakan2 sebaya.

Tugas mendidik anak2 memang bukan mudah. Jika sedar diri serba kekurangan, tidak cukup ilmu untuk membimbing anak2 ke arah yang betul, ibu bapa wajar mengubah diri dan menimba ilmu mana yang kurang agar menjadi contoh kepada anak2, bukannya bersikap lepas tangan. Sebagaimana ilmu yang penuh di dada jika tidak dipraktikkan kita tidak tahu sejauh mana hebatnya, begitulah juga dalam proses mendidik anak2, saban hari kita akan sedar di mana kekurangan kita yang perlu diperbaiki.
   
Masyarakat kita memang sudah moden dan maju sehinggakan banyak nilai2 murni yang telah dipinggirkan. Apalah gunanya nilai2 murni menjadi topik pelajaran di sekolah sekiranya tidak dipraktikkan walau di rumah sendiri. Jika diberi pilihan, murai rela diterbangkan semula ke zaman 30 atau 50 tahun lalu dimana nilai2 murni masyarakat lebih dititkberatkan walaupun negara masih lagi bertatih mencari pembangunan selepas kemerdekaan.

    

2 comments:

  1. Tapi niat untuk ajar anak berdikari sebenarnya............

    ReplyDelete
  2. ibu bapa patut jadi contoh yang baik kpd anak2. jadi pendidik & pembimbing. bkn lepaskan anak2 spy bljr sendiri drp cikgu2. bila besar anak lebih sanjung cikgu drp ibu bapa jgn marah pulak sbb hubungan mrk lebih rapat drp dgn mak bapak sendiri!

    ReplyDelete