Friday, 18 April 2014

Selebriti......hmmmm

Assalamualaikum...

Sebulan dua ni banyak berita mengejutkan terjadi. Yang paling hot ialah isu kehilangan pesawat MAS MH370. Sehingga kini teka-teki masih belum terjawab dan misteri belum terbongkar. Apa2 pun hanya Dia yang Maha Mengetahui dan kepadaNya sahaja kita berserah.

Banyak lagi isu yang boleh ditulis dan dikomen sebenarnya, tapi murai seakan kurang mood pula nak join sekaki. Cuma sehari dua ni murai rasa kelakar sikit apabila mengikuti isu seorang selebriti menegur seorang ustaz. Tak perlu rasanya murai nak bagi tahu siapa dan mengapa sebab ramai yang dah bercerita pasal hal ini.

Secara jujurnya murai memang tak minat dengan selebriti ni dari dulu lagi....dari sebelum dia 'berhijrah' pun murai memang tak minat. Hanya satu drama bersiri atau sitkom (kalau tak silap murai) yang murai rasa dia berlakon dan lakonan dia memang tak best pun. 

Murai tak suka juga nak mengikuti perkembangan selebriti ni tapi tak tau lah kenapa sejak dia 'berhijrah', popularitinya semakin meningkat. Walaupun dah tak berlakon dia masih aktif keluar tv sebagai pengacara. Tapi terus-terang cakap memang tak pernah tonton pun apa2 rancangan yang ada dia. Bukannya apa, sebab kurang senang dengan gaya bercakapnya yang nampak agak over, bongkak seakan dia tahu segalanya.

Dalam fb, twitter dan sebagainya, dia punya ramai pengikut. Ramai yang memuja, memujinya sebagai wanita mithali, cerdik, pandai mendidik anak dan macam2 lagi. Gah betul dia berkongsikan cara2 mendidik anak seakan dialah tokoh ibu mithali. Murai bukannya iri hati tapi cuma ada sedikit rasa gerun dalam hati kecil ni. Anak2nya masih kecil, masih mentah. Memang betul didikan awal itu penting dan melentur buluh biarlah dari rebung. Tapi perlu ke nak menunjuk2?

Bagi murai, kalau betul pun kita nak berkongsi pengalaman dan pengetahuan, biarlah perkara tu dah terbukti ~ 'proven record'! Ambillah banyak mana pun video, tulislah banyak mana pun nasihat, panduan, tips, tapi simpanlah dulu! Tunggulah sehingga anak2 tu dah besar dan dah terbukti menjadi orang berguna, manusia soleh dan solehah, barulah keluarkan segala bukti2 hasil didikan tersebut. Masa tu barulah boleh rasa bangga nak bagi tahu kawan2 dan seluruh dunia bahawa cara kita mendidik anak itulah yang terbaik dan patut dicontohi.  

Banyak dah berlaku ~ ramai kanak2 cerdas pintar di masa kecilnya tapi bila besar tak jadi apa. Ramai anak yang di masa kecilnya seorang taat dan patuh tapi bila besar lupa diri. Ramai yang masa kecil berakhlak mulia tapi dah besar jadi penjenayah. Jadi, jangan lah terlalu bangga dengan anak kita di masa kecilnya kerana di masa akan datang kita tak tahu lagi!

Murai bukan tujukan ini kepada selebriti tersebut sahaja tetapi juga kepada semua pembaca, terutama yang suka sangat menayangkan anak2. Anak aku bagus, baik, pandai dan sebagainya. Bukan tak boleh bangga dengan anak sendiri, memang perlu...tapi biarlah berpada dan simpanlah kekaguman itu sendiri, di antara ibu bapa dan anak2 sahaja. Tak payah nak pukul canang serata dunia. Di samping itu berdoa dan terus berusaha yang hasil didikan kita ini akan berkekalan hingga mereka dewasa dan menjadi orang berguna dan boleh mendoakan ibu bapa nanti.

Murai tertarik dengan kata2 seorang ustaz yang murai baca di blog ~ "Jujur saya mulai risau dengan kelibat para selebriti & artis yang baru berhijrah. Kecenderungan mereka mengkritik para asatizah, ustaz & ustazah secara terbuka sudah mendarah daging. Bukan sekali ini. Sudah berkali-kali. Termasuk mempertikaikan amalan-amalan orang Islam yang dikaitkan dengan bid'ah dan sebagainya. Terkadang kita WAJIB sedar diri kita. Layakkah kita untuk mengkritik orang yang lebih berilmu dibanding kita yang Al-Quran pun masih baca tidak betul."

Murai tak kenal siapa ustaz tersebut dan sama ada benar atau tidak dia yang menuturkannya juga tidak penting bagi murai. Tapi memang murai bersetuju sangat dengan kata2 itu. Memang dah menjadi satu trend yang amat merbahaya sekarang ni di mana orang2 yang kurang ilmu agama cuba bercakap tentang agama dan yang paling malang sanggup mendabik dada dialah yang lebih pandai.

Yang terlebih2 malang lagi kepada para pengikut yang taksub. Ada yang kata memang selebriti tu pandai, berilmu, seorang yang cerdik dari kecil lagi, seorang yang terasuh dengan didikan Islam dari kecil lagi dan macam2 lagi kehebatannya sehinggakan dibolehkan dia mengkritik orang sesuka hati. Kalau lah benar segala kata2 itu adakah dia akan menjuruskan dirinya menjadi seorang artis sebelum ini? Patutlah murai memang tak minat selebriti ini dari dulu2 lagi, memang tak rugilah!  
  

1 comment:

  1. Pompuan tu...aku tau sape lah!
    Ramai pengikut dia da marah woo...ramai yg kutuk ustaz tu pn sama 2x5. MasyaAllah...bila artis lebih dipercayai dan dipuja dari alim ulama. Tanda2 yg makin jelas.

    ReplyDelete